BENARKAH MUHAMMAD ITU RASULULLAH?
Bahawa Muhammad itu seorang Rasul dapat dibuktikan melalui beberapa
cara. Pertama berdasarkan berita-berita tentang kedatangan Muhammad
seperti yang tersebut dalam kitab Taurat dan Injil (Old & New
Testament). Kedua, berdasarkan kedudukannya sebagai ‘AI-Sadiq AI-Amin’,
yakni seorang yang benar lagi dipercayai kejujurannya. Dan ketiganya
dari ‘Nubuwwah’ Muhammad sendiri, seperti berita-berita ghaib yang telah
disebutkan lebih dulu oleh Baginda tentang bakal terjadinya, dan
kemudiannya benar-benar telah menjadi kenyataan!
1. KEDATANGAN MUHAMMAD YANG DINANTI-NANTIKAN
Diceritakan bahawa ketika Abdul Mutalib dan bangsawan-bangsawan
Quraisy lain mengunjungi Yaman untuk mengucapkan tahniah kepada Raja
Saif Zu-Yazin yang baru saja menewaskan Habshah dengan bantuan Parsi,
beliau dikatakan sangat mengagumi kebesaran kerajaan Yaman itu. Tetapi
oleh Zu-Yazin, dinyatakannya kepada Abdul Mutalib bahawa apabila
diperanakkan seorang anak lelaki dari Tihamah (Makkah), dan di antara
dua belikatnya ada syamah (tahi lalat besar yang dikelilingi oleh
rambut), maka ia akan menjadi pemimpin besar hingga Hari Kiamat. Di sini
Zu-Yazin cuba membayangkan tanda-tanda tentang kedatangan seorang
pemimpin besar dari keturunannya sendiri, yang kebetulan tanda-tanda itu
secocok dengan cucunya Muhammad yang masih kecil. Ini menyebabkan Abdul
Mutalib sujud kerana girang.
Cerita ini sengaja dipetik buat menunjukkan bahawa berita tentang
kedatangan seorang manusia agung dari keturunan Abdul Mutalib bukannya
tidak diketahui oleh bangsa Arab. Apa lagi jika diselidiki. kitab-kitab
Taurat dan Injil, lebih jelaslah cerita-certta tentang Muhammad itu
disebutkan. Dalam Taurat misalnya, terdapat ayat: “The Lord came from
Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and
he came with 10,000 of Saints” (Book of Deutoronomy 33:2). Ayat ini
dengan jelas menerangkan tentang cahaya kebenaran yang memancar dari
tiga arah yang berlainan; dari Sinai, Seir dan Paran. Tentang Sinai,
yang dimaksudkan ialah pengutusan Nabi Musa as. dengan kitab Tauratnya.
Dan Nabi Isa as. dengan kitab Injilnya muncul dari Baitul-laham
(Bethlehem). Seir adalah sebuah kota kira-kira 1.5 km dari Bethlehem
yang kini dikenali sebagai ‘Bait Shair’, iaitu kota pengembala.
Ada pun tentang Paran, Taurat sendiri mengisahkan perihal Nabi
Ibrahim a.s. menempatkan isterinya Hajar serta anaknya Ismail di suatu
tempat yang sunyi sepi, iaitu padang pasir Paran (Genesis 21:21). Jadi,
berdasarkan Taurat sendiri, Paran merupakan suatu kawasan di Hejaz,
kerana di sinilah sebenarnya Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Ibrahim
a.s. Ahli-ahli geografi menegaskan bahawa Paran ialah kawasan yang
terdapat di antara gunung di Makkah, iaitu Abu Qubais, Quiqaan dan
Hira’. Dalam kalangan sarjana dikatakan bahawa Jabal-Nur itulah
sebenarnya gunung Paran setelah datangnya Islam. Tentang 10,000 of
Saints’ itu, Prof. David Benjamin Keldani (kini Abdul Ahad Daud)
mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada jumlah pengikut Muhammad s.a.w.
yang menakluki Makkah pada 8 H.
Dari kitab Injil pula, kedatangan Muhammad s.a.w. telah disebut dalam
ayat berikut: “For Moses truly said unto the fathers, a prophet shall
the Lord your God raise up unto you of your brethren, like unto me; him
shall ye hear in all things whatsoever he shall say unto you”. (Acts of
Apostles 2:22). Mengenai kalimat “unto you of your brethren’, ianya
bermaksud bahawa seorang Nabi yang akan diutus adalah dari kalangan
saudara Israel (Yaakob), bukannya dari Bani Israel itu sendiri.
Sebenamya Bani Ismaillah saudara Bani Israel tersebut, sebab Ismail
adalah saudara tua dari Ishak, bapa kepada Yaakob, dan Nabi Muhammad
sendiri memangnya jelas dari keturunan Bani Ismail.
Mengenai kalimat “like unto me” pula, maksudnya ialah bahawa Muhammad menyamai Musa dalam banyak hal. Antaranya:
1. Muhammad dan Musa dilahirkan
seperti biasa beribu-bapa, sebaliknya Isa hanya beribu sahaja bahkan
diciptakan secara ajaib.
2. Muhammad dan Musa sama-sama
berumahtangga dan berkeluarga, sedangkan Isa tetap membujang selama
hidupnya.
3. Baik Musa mahupun Muhammad adalah
membawa Syariat baru untuk umatnya, sedangkan Isa hanya sekadar
menyambung Syariat Musa. Katanya: “Janganlah kamu sangka aku datang
untuk merombak Taurat, melainkan hendak menggenapkan” (St. Mathews
5:17).
4. Keturunan Musa dan Muhammad
adalah jelas dan pasti; sama-sama dari keturunan Nabi Ibrahim. Sedangkan
silsilah Isa pula kabur, apa lagi menurut dogma Kristian, Isa adalah
anak Tuhan Bapa.
5. Musa dan Muhammad wafat secara
biasa, tetapi Isa menurut dogma Kristian, dibunuh di tiang salib (St.
Marks 15:37).
Dengan demikian, jelaslah bahawa Nabi yang dikatakan lahir “dari
kalangan saudara-saudara Musa” itu benar-benar ditujukan kepada
Muhammad, bukannya Isa. Jelaslah kebenaran Muhammad sendiri sebagai
utusan (Rasul) Allah S.W.T. justeru berita tentang kedatangannya telah
disebut-sebut dengan jelas dalam Taurat dan Injil, meskipun umat Islam
menganggap bahawa isi kandungan kitab-kitab tersebut sudah banyak
berubah.
Sebab itulah ketika Muhammad dilahirkan, yang mula-mula meyakini
bahawa dialah Nabi yang ditunggu-tunggu ialah kalangan pendita-pendita
Nasrani dan Yahudi. Misalnya ketika Muhammad baru berusia 12 tahun,
paderi Buhaira sudah pun meyakini bahawa Muhammad itulah bakal Nabi.
Sebab itu dia berkata kepada Abi Talib yang datang berdagang ke Sham:
“Bawalah kembali anak saudaramu ini, dan jagalah dia dari bahaya kaum
Yahudi. Demi Allah, kalau mereka tahu apa yang aku tahu, nescaya mereka
apa-apakannya, kerana akan terbit daripadanya urusan yang benar”. Ini
menyebabkan Abi Talib bergegas pulang ke Mekah membawa Muhammad.
Dan ketika Muhammad mula-mula menerima wahyu, orang yang pertama
menerimanya ialah Waraqah bin Naufal, seorang pendita Nasrani yang alim
tentang kitab Injil yang pernah pula menterjemah kitab tersebut ke
bahasa Arab. Dikatakan bahawa sewaktu Khadijah, menemui Waraqah,
berkatalah Waraqah: “Quddus! Quddus! Demi Tuhan yang menguasai diriku,
kalaulah benar katamu wahai Khadijah, maka itulah Namus al-Akbar
(Jibril) yang pernah juga datang kepada Musa dulu. Nyatalah bahawa
Muhammad suamimu itu adalah Nabi untuk umat ini. Katakanlah kepadanya
agar ia tetap tegas”.
Demikian juga ketika Jaafar bin Abi Talib membaca surah Mariam ayat
29-33 di depan Raja Najasyi di Habshah, terkejutlah pembesar-pembesar
istana sambil berkata: “Kata-kata yang keluar dari sumber yang
mengeluarkan kata-kata Jesus Christ!” Bahkan Raja Najasyi sendiri turut
berkata: “Kata-kata ini dan yang dibawa oleh Musa, keluar dari sumber
yang sama”.
Tentang golongan Yahudi pula, merekalah yang sebenarnya sangat
menanti-nantikan kelahiran seorang Nabi baru. Misalnya ketika mereka
kalah dalam pertempuran melawan bangsa Arab Yathrib, selalu benar mereka
melaung-laungkan: “Sudah sampai masanya seorang Nabi akan diutus. Kami
akan mengikut Nabi itu, dan dengan demikian kami akan kuat dan dapat
mengalahkan kamu, seperti dalam peperangan Ad dan Iram”. Malangnya
sebaik sahaja orang yang dinanti-nantikan itu datang, mereka menolaknya
kerana musuh-musuh mereka lebih dahulu menyahut seruan Muhammad,
ditambah pula kerana Nabi tersebut bukannya dari bangsa mereka. “Di kala datangnya apa-apa yang telah mereka ketahui itu, mereka kafir dengan dia”
(Al-Baqarah: 89). Bagi orang-orang Aus dan Khazraj, pengetahuan mereka
tentang Muhammad adalah dari mulut golongan Yahudi juga. Sebab itu
apabila mereka diseru oleh Muhammad, mereka berkata: “Sungguh inilah
Nabi yang pernah dijanjikan orang-orang Yahudi kepada kita. Jangan
sampai mereka mendahului kita”.
Bagaimanapun ada juga pemuka Yahudi menyambut seruan Nabi, seperti
Abdullah bin Salam misalnya yang pernah berkata: “Aku dengar darihal
Nabi Muhammad dan aku kenal sifatnya, dan zamannya yang kami
tunggu-tunggu. Tatkala dia sampai ke Madinah, aku bertemu dengannya,
lalu aku masuk Islam, dan aku khabarkan kepada bibiku Khalidah, lalu ia
masuk Islam, dan sekalian ahli rumahku pun masuk Islam”. Dan terhadap
kaum Yahudi, Abdullah menyeru:”Hai kaumkul Takutlah kepada Allah dan
berimanlah kepada Nabi Muhammad ini. Demi Allah, kamu sudah tahu yang ia
benar pesuruh Allah, sebagaimana tersebut dalam Taurat namanya dan
sifatnya”.
Sebenarnya cerita tentang kedatangan Muhammad bukannya diketahui oleh
Raja Salt Zu-Yasin dan Raja Najasyi, bahkan juga oleh Heraclius, raja
Rom dun Mugaugis, pembesar Rom di Mesir. Tentang Mugaugis misalnya,
beliau melayan dengan baik perutusan Nabi kepadanya ketikai
termeterainya Perjanjian Hudaibiah pada 6 H. Dengan mengirim
berbagai-bagai hadiah, beliau mengakui yang dia percaya tentang
kedatangan seorang Nabi. Cumanya dia tersasul kerana disangkanya
kedatangannya ialah di Sham!
Demikianlah beberapa anekdot tenting kepercayaan umum sekitar bakal
lahirnya seorang manusia agung; seorang Nabi baru yang takdirnya akan
menamatkan siri-siri kerasulan di muka bumi ini.
2. MUHAMMAD SEBAGAI AS-SADIQ AL-AMIN
“Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama
sebelumnya (sebelum AI-Quran diturunkan). Apakah kamu tidak
memikirkannya?” (Yunus: 16).
Jika tadinya Taurat dan Injil sendiri telah menyebut-nyebut tentang
kedatangan Muhammad, dan dengan itu membuktikan kebenarannya sebagai
Rasulullah, maka dengan lahirnya Muhammad kebenaran tersebut tidak dapat
dipertikaikan lagi. Pengakuan tentang kebenarannya tidak lain kerana
peribadi dan sirahnya (perjalanan hidup) sendiri, yang sejak belum
diutuskan sebagai Rasul lagi sudah terkenal dengan jolokan ‘AISadiq
Al-Amin,’ iaitu orang yang benar lagi dipercayai.
Ketika usianya 25 tahun, Muhammad turut membawa barang-barang
dagangan Khadijah binti Khuailid ke Sham. Terhadap saudagar-saudagar
lain, Khadijah cuma sanggup menyerahkan barang-barangnya sekadar muatan
dua ekor unta sahaja, tetapi terhadap Muhammad yang terkenal kerana
amanahnya, tanpa ragu-ragu dia menyerahkan barang-barang perniagaannya
kepada baginda yang dibawa oleh 4 ekor unta. Dan ketika taKdir
menetapkan yang kedua-duanya akan hidup bersama, Khadijah mengatakan:
‘Wahai sepupukul Sesungguhnya saya cinta padamu; pertama kerana kita
berkeluarga, kedua kerana engkau dipandang tinggi oleh masyarakat
bangsamu, ketiga kerana sifat amanahmu, keempat kerana baik budi
pekertimu dan kelima kerana sifat kebenaranmu”.
Pada suatu ketika Abdullah bin Abil-Huma’, seorang rakan
seperniagaannya berjanji untuk menemuinya di suatu tempat, tetapi dia
sendiri terlupa janjinya itu. Sampai tiga hari tiga malam Nabi
menunggunya dI situ, hinggalah pada hari keempatnya kebetulan dia
melintasi tempat Itu, Nabi masih berada di situ. Sungguh sesal dia di
atas kelupaannya itu, tetapi dengan senyum Nabi mengatakan: “Janganlah
difikirkan sangat, mungkin saya yang bersalah. Saya telah berjanji akan
menunggu tuan di sini sampai tuan datang, kerana itu saya mesti penuhi
janji saya”.
Apabila Muhammad berusia 35 tahun, berlakulah perselisihan diantara
suku-suku Quraisy tentang siapakah yang sepatutnya mengangkat Hajar
al-Aswad dan meletakkan di tempatnya. Setiap anggota qabilah cuba
menegakkan haknya dengan mengangkat sumpah yang terkenal dengan name
La’qatud-dam, iaitu sumpah mencecah darah dengan melukakan tangan
masing-masing. Sampai lima hari mereka menghadapi kebuntuan, sehinggalah
hari keenamnya apabila mereka menerima cadangan Abu Umaiyah AI-Mughirah
agar diserahkan penyelesaiannya kepada siapa yang mula-mula memasuki
Masjid Al-Haram melalui pintu Bani Syaibah. Kebetulan yang memasukinya
ialah Muhammad, hingga dengan riang gembira mereka berseru: “Inilah dia
Muhammad Al-Amin, orang yang kami tunggu, kami sekalian rela dengan
keputusannya”.
Sewaktu turunnya ayat: “Beri ingatlah terhadap kaum kerabatmu yang dekat”
(AI-Syu’ara: 214). Nabi lantas mengundang keluarga Abdul Mutalib di
Bukit Safa dan berseru: “Bagaimana pendapatmu sekalian jika kuberitahu
kamu bahawa di kemuncak bukit ini ada pasukan berkuda hendak menyerang
kamu. Percayakah kamu?” Maka jawablah mereka: “Ya, engkau tidak pernah
disangsikan. Belum pernah kami engkau berdusta”.
Ketika surat Nabi sampai kepada Heraclius, raja Rom di BaitulMaqdis,
ia memanggil orang-orang Arab Makkah yang kebetulan berdagang di situ.
Kepada mereka Heraclius menyoal apakah mereka menuduh Muhammad pernah
berdusta sebelum ia mengaku menjadi Nabi, mereka menjawab ‘tidak’.
Mendengarnya Heraclius lalu berkata: “Orang yang tidak berdusta kepada
manusia, tidak bisa jadi berdusta atas nama Allah”.
Heraclius hanyalah seorang daripada musuh-musuh besar Nabi yang turut
mempercayai sifat kebenaran Nabi. Selain beliau, Abu Jahal yang juga
musuh ketat Nabi turut mengakui: “Kami tidak dustakanmu, ya Muhammad,
tetapi kami menolak agama yang engkau bawa”. Demikian juga pendapat
Al-Nadhir Al-Harith, musuh Nabi juga:”Adalah Muhammad di antara kamu
seorang anak muda yang paling disukai dan paling besar amanahnya, tetapi
apabila ia membawa kepada kamu apa yang ia bawa, maka kamu katakan dia
ahli sihir. Demi Allah, dia bukanlah ahli sihir”.
Kepercayaan musuh-musuh Muhammad terhadap kejujurannya bukan hanya
sebelum kerasulannya, bahkan selepasnya juga. Kerana sifat amanahnya
itulah mereka sanggup menyerahkan barang-barang kepunyaan mereka kepada
baginda untuk dijaganya. Sampailah berlakunya Hijrah, barulah
barang-barang tersebut diserahkannya kembali kepada pemiliknya
masing-masing yang mana termasuk musuh-musuh Islam juga!
3. NUBUWWAH MUHAMMAD
Jika sebelum kerasulannya Muhammad sudah terkenal sebagai seorang
yang benar lagi dipercayai, maka selepas kerasulannya ‘Nubuwwah’ itu
sendiri semakin menguatkan kebenaran risalahnya. Yang dimaksudkan dengan
‘Nubuwwah’ ialah berita-berita ghaib atau ‘ramalan-ramalan’ tentang
masa depan sesuatu dan tepatnya berita-berita ghaib itu dengan kenyataan
dengan sendirinya membuktikan kebenaran Muhammad sebagal Rasulullah. ‘Tuhan
Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada
seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang
diredhai-Nya” (Al-Jin: 26-27). Dan Muhammad sendiri pun mengakui bahawa tidaklah dia mengetahui yang ghalb, kecuali apa yang diwahyukan kepadanya (Al-An’am: 50).
Di antara contoh-contoh Nubuwwah tersebut ialah mengenai kerajaan Rom
Timur (Byzantine). Kerapkali apabila kaum musyirikin menentang kaum
Muslimin di Makkah, mereka mengatakan bahawa bangsa Rom yang mempunyai
kitab Injil telah dikalahkan oleh Parsi yang beragama Majusi. Dengan itu
mereka yakin dapat mengalahkan kaum Muslimin, kerana kaum Muslimin juga
dari ahli Kitab. Dari peristiwa ini turunlah ayat: “Telah dikalahkan kerajaan Rom, dan mereka setelah dikalahkan itu menang dalam beberapa bidh’i lagi”
(Al-Rum: 24). Ketika turun ayat ini, Rum baru saja dikalahkan, iaitu
antara tahun 614-615 M. Tetapi tujuh tahun kemudian, mereka dapat
merebut kemenangannya kembali. Alangkah tepatnya ayat Al-Quran tersebut,
sebab kalimat “bidh’i” itu bermaksud di antara 3-9 tahun!
Lantaran keyakinannya tentang kebenaran firman Allah S.W.T. itulah
maka Abu Bakar berani bertaruh dengan Ubayy bin Khallaf yang berakhir
dengan kemenangan Abu Bakar. Sebenarnya pertaruhan ini bukannya
perjudian, sebab judi berdasarkan keuntungan, sedangkan tindakan Abu
Bakar itu semata-mata berasaskan keyakinannya yang penuh terhadap
kebenaran Al-Quran.
Sewaktu berlakunya peristiwa pemboikotan terhadap keluarga Bani
Hashim, Rasulullah lalu memberitahu pakciknya Abu Talib bahawa surat
perjanjian yang mereka (ketua-ketua Quraisy) gantungkan di Kaabah itu
sudah dimakan anai-anai, kecuali nama Allah. Lalu keluarlah Abu Talib ke
masjid dan menyampaikan kepada kaum Quraisy kenyataan Muhammad itu.
Katanya: “Anak saudaraku itu tidak pemah berdusta. Marilah kita periksa.
Kalau dia betul, hendaklah kamu berhenti daripada memboikot kami.
Tetapi kalau ia berdusta, aku akan serahkannya buat kamu membunuhnya”.
Tawaran Abu Talib itu disambut baik, lalu mereka pun menuju ke Kaabah
untuk melihat surat perjanjian itu. Alangkah terkejutnya mereka kerana
mendapatinya tepat sepertimana perkataan Muhammad. Mustahil Muhammad
dapat mengetahuinya, kerana surat itu ditaruh dalam Kaabah di suatu
tempat yang tersimpan dan berkunci, sedang kuncinya pula dipegang oleh
kaum Quraisy sendiri!
Selepas peperangan Badar yang membawa kekalahan kaum musyrikin,
bertekadlah Umair di depan Safwan untuk membunuh Muhammad, kerana
anaknya telah ditawan. Ketika dia menemui Nabi di Madinah, dia
menyatakan maksud kedatangannya cuma tentang urusan anaknya tersebut.
Mendengarnya Nabi memaksa Umair agar memberitahu maksud sebenar
kedatangannya, namun jawapannya tetap sama. Akhirnya Nabi pun berkata:
‘Tidak, tetapi engkau dan Safwan duduk di pinggir Kaabah dan kamu
beromong-omong begini dan begitu…” Di saat ini juga Umair masuk Islam,
sambil berkata: “Dahulu kami dustakanmu tentang khabar yang datang
kepadamu dari langit, tetapi dalam urusanku tidak ada yang hadir
melainkan aku dan Safwan”.
Salah seorang tawanan Nabi ialah Abbas bin Abdul Mutalib, pakciknya
sendiri. Ketika Nabi meminta agar dibayar wang tebusannya, dia lalu
membayarnya sambil berkata kepada Nabi: “Sesungguhnya engkau telah
jadikan daku seorang miskin dalam bangsa Quraisy seumur hidupku”. Maka
bersabdalah Nabi: “Bagaimana boleh jadi? Padahal engkau tinggalkan
beberapa harta benda kepada Ummul-Fadhl, dan engkau berkata kepadanya:
Kalau aku mati, engkau jadi perempuan yang kaya”. Lantaran terkejut,
Abbas pun berkata: “Demi Allah! Tidak seorang pun yang tahu hal ini!”
Ketika berlakunya peperangan Muktah di Sham, Nabi yang berada di
Madinah berkata sambil berlinangan air matanya: ‘Telah mati Zaid, telah
mati Jaafar, telah mati lbnu Rawahah, lalu panji-panji itu diambil oleh
suatu pedang dari pedang-pedang Allah” (maksudnya Khalid Al-Walid).
Sesudah peperangan datanglah berita seperti yang dikhabarkan tersebut!
Siapakah yang memberitahu kejadian-kejadian di negeri Sham yang begitu
jauh dari Madinah kalau bukan Tuhan yang mengutusnya sebagai Rasul?
Nabi juga menyatakan bahawa puterinya Fatimah adalah orang yang
mula-mula sekali akan menyusuli kewafatannya kelak. Dan benar sekali
kerana 6 bulan selepas kewafatan baginda, Fatimah pun meninggal. Dengan
kematiannya barulah Ali bin Abu Talib membaiat Abu Bakar sebagai
Khalifah. Tentang Ali, Nabi pernah mengatakan bahawa dia akan mati
terbunuh ketika berpuasa dengan suatu pukulan di kepala sewaktu sedang
sujud. Memang benarlah Nabi kerana Ali telah terbunuh dengan pukulan
pedang oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau sedang mengerjakan
sujud pertama dalam solat Subuh pada bulan Ramadan.
Mengenai kejadian-kejadian yang bakal menimpa putera-putera Ali,
iaitu Hassan dan Hussain, turut juga disebut-sebut oleh Nabi. Terhadap
Hassan, Nabi mengatakan: “Sesungguhnya anakku Hassan ini (akan menjadi)
seorang ketua, dan mudah-mudahan Allah akan damaikan dengan
perantaraannya antara dua golongan yang besar dari kaum Muslimin”.
Demikianlah yang terjadi kemudiannya, apabila Hassan yang mengganti
ayahnya telah menyerahkan jabatan Khalifah kepada Muawiyah di Kufah pada
tahun 661 M. Ada pun mengenai Hussain, juga telah diberitahu oleh Nabi
yang dia akan dibunuh secara kejam di Kufah. Dan itulah yang terjadi
apabila Hussain bersama penyokong-penyokongnya telah diserang oleh
angkatan Ubaidullah bin Ziyad di Karbala, Kufah pada zaman Yazid bin
Muawiyah. Sewaktu kematiannya, kepala Hussain telah dipotong sedang di
badannya terdapat 33 bekas pedang dan 34 bekas tombak.
Di zaman pemerintahan Usman bin Affan, meninggallah Abu Zar
Al-Ghifary, salah seorang sahabat besar Nabi. Sebenarnya kematian Zar
telah pun disebut-sebut oleh Nabi sewaktu tentera-tentera Muslimin
sedang dalam perjalanan menuju Tabuk. Oleh kerana unta yang dinaiki oleh
Abu Zar tercedera, terpaksalah ia berjalan kaki seorang diri untuk
menyusuli pasukannya yang agak jauh meninggalkannya. Ketika pasukan
Muslimin sedang berehat di suatu tempat, kelihatanlah Abu Zar sedang
berjalan sendirian di lereng-lereng bukit. Maka bersabdalah Rasulullah:
“Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Abu Zar. la berjalan seorang
diri, dan ia juga akan meninggal seorang diri, dan akan di bangkitkan
pada Hari Akhirat seorang diri juga”. Apa yang berlaku kemudiannya ialah
Abu Zar meninggal seorang diri ketika dalam pembuangan oleh Usman bin
Affan. Apabila mayatnya dijumpai oleh Abdullah bin Mas’ud, maka
menangislah ia sambil berkata: ‘Sungguh benarlah Rasulullah bahawa Abu
Zar meninggal seorang diri”
Rasulullah juga telah memberitahu beberapa peristiwa yang kemudiannya
benar-benar berlaku ketika tercetusnya peperangan Jamal dan Siffin di
zaman Ali bin Abu Talib. Terhadap Zubair Al-Awwam, Nabi berkata: “Nanti
engkau akan memerangi Ali, dan dalam hal ini engkau yang akan
menganiaya”. Apa yang jelas ketika pertempuran Jamal sedang sengit ialah
bahawa Zubair telah melarikan diri, kerana kurang yakin apakah
penentangannya terhadap Ali benar atau tidak. Tentang Ammar bin Yasir,
Nabi bersabda: “Kasihan Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan yang
menderhaka”. Demikianlah yang terjadi kemudiannya di mana Ammar telah
mati terbunuh oleh tentera-tentera Muawiyah di dalam peperangan Siffin.
Pada zaman Muawiyah bin Abu Sufyan sebagai Khalifah, telah meninggal
pula Abu Ayub AI-Ansari, sahabat besar Nabi. Kematiannya ketika dalam
peperangan dan mayatnya yang ditanam di bawah benteng Constantinople
menjadikan apa yang diberitahu oleh Nabi lebih dulu terbukti
kebenarannya.
Demikianlah sekelumit daripada Nubuwwah Muhammad. Kebenaran demi
kebenaran terhadap apa yang telah diberitahunya terlebih dahulu
menimbulkan suatu pertanyaan: Dari manakah Muhammad mengetahui semuanya
itu? Kalau ia bukannya Rasulullah, bolehkah dia mengetahuinya?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar